Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.
Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa
Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit
gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kita
pastinya adalah UBAT! Tak kiralah apa jenis penyakit yang menimpa
sekalipun, ubatlah yang anda akan cari. Bukan sekadar sakit sahaja,
sebaliknya dalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian,
terutama dalam penjagaan tubuh badan.Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabila demam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kita yakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dan disebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubat adalah bagus dan baik untuk tubuh. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor di hospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcit sehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambil mampu menyembuhkan sakit dialami.
Namun tahukah anda? walaupun ubat yang ada dipasaran dihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan oleh syarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.
Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkai haiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.
Dalam dunia perubatan, ubat didatangkan dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk. Ianya digunakan oleh pesakit sama ada dengan cara telan, minum, kunyah, sapu, suntik dan sebagainya. Untuk ubat yang memerlukan suntikan, kerja-kerja menyuntik akan dilakukan oleh jururawat ataupun doktor yang profesional dalam bidang ini. Tetapi, tahukah anda?
- Bagaimana ubat itu mampu menyembuhkan penyakit ?
- Bagaimana sesuatu ubat itu dihasilkan?
- Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut?
- Adakah ubat yang diberikan kepada anda itu halal ataupun haram?
“Saya tak perlu tahu, janji saya sihat”
Ramai yang mungkin berkata sedemikian kerana beranggapan perkara
itu hanya perlu diketahui oleh seorang pakar perubatan dan orang biasa
seperti anda hanya perlu tahu kaedah menggunakan ubat dengan betul.
Tanggapan ini adalah salah sama sekali, dan saya percaya anda adalah
seorang pengguna yang bijak dan anda perlu tahu perkara-perkara yang
saya sebutkan di atas.Ini kerana, perkara-perkara tersebut adalah hak dan keperluan anda sebagai seorang pengguna. Masalahnya, kadang kala tidak pernah terlintas untuk anda bertanyakan perkara ini kepada mereka yang lebih arif.
Ramai masyarakat umat islam pada hari ini juga beranggapan ubat-ubatan yang mereka terima daripada klinik ataupun hospital di Malaysia adalah dijamin halal dan sudah semestinya pihak doktor dan ahli farmasi telah menapis dan memastikan ubat-ubatan yang mereka bekalkan adalah bebas daripada bahan-bahan haram. Namun, berita-berita di bawah membuktikan semua tanggapan ini adalah salah sama sekali :
Adakah Ubat-Ubat Penyakit Kronik sahaja
mengandungi unsur babi?
Jika anda juga beranggapan sedemikian, anda juga sebenarnya
silap. Unsur babi bukan sahaja digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan
untuk penyakit kronik seperti sakit jantung ataupun kencing manis,
tetapi ubat-ubatan lain untuk rawatan penyakit biasa seperti ubat cirit
birit, ubat batuk, vitamin dan lain-lain juga ada yang mengandungi unsur
haram ini. Anda tidak percaya? Lihat bukti-bukti di bawah:Bagaimana jika perkara-perkara di atas ini berlaku kepada saudara anda? keluarga anda ? Kenapa pesakit pesakit jantung dibebankan untuk membuat pilihan antara yang halal dan haram di saat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap haribulan pesakit bertambah teruk kerana keliru sama ada hendak menerima suntikan ubat yang ada unsur babi atau tidak.
Adakah anda tahu kandungan ubat cirit birit ataupun ubat batuk yang anda ambil selama ini?
Adakah anda yakin ubat-ubat yang anda ambil selama ini tidak mengandungi unsur babi?
Anda juga pasti tertanya-tanya..
Kenapa tiada panduan disediakan untuk memudahkan
pesakit membuat pilihan ? Alangkah bagusnya jika di saat kritikal
seperti ini anda mempunyai sebuah buku yang boleh dijadikan sebagai
panduan..
Tiadakah Pilihan Ubat Alternatif Yang Lain?
Untuk pengetahuan anda, rata-rata ubat yang mengandungi unsur
babi ini mempunyai pilihan alternatifnya yang spesifik. Sebab itulah,
istilah darurat tidak boleh digunakan dalam kebanyakan kes kerana anda
mempunyai pilihan alternatif yang lain. Masalahnya, kebanyakan pengguna
Islam..
|
Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawab untuk anda mengetahui jawapan bagi setiap pemasalahan yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda, ketahuilah bahawa ubat mengandungi unsur haram babi ini bukanlah pilihan yang terbaik.
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan
penyakit dan penawar, dan DIA telah menjadikan tiap-tiap penyakit itu
ada penawarnya, oleh karena itu kamu semua berubatlah, tetapi janganlah
kamu berubat dengan yang haram."
(Riwayat Abi Darda)
|
Siapa Penulis Yang Nak Mendedahkan Senarai Ubat
Mengandungi Unsur Babi ini?
Anda tentu tertanya-tanya siapakah Penulis yang menulis Buku
Panduan Ubat Halal ini ? dan mendedahkan tentang ubat-ubatan yang
mengandungi unsur babi dan pilihan alternatif yang boleh anda gunakan
sebagai ganti.Sebelum anda mengetahui latar belakang penulis buku ini, Ikuti dulu temubual ekslusif penulis bersama TV Alhijrah dalam mengupas isu ubat-ubatan haram ini..
Temubual Penulis – Ejen Halal, TV Alhijrah
|
Beliau telah membuat kajian terperinci berkaitan ubat-ubatan mengandungi unsur babi ini sejak menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2002.
Semasa menjalankan kajian ini, beliau mendapati Umat Islam di Malaysia masih kurang jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menghadapi isu penggunaan ubat dari unsur babi ini.
Kajian beliau ini bukan bersandarkan teori saintifik semata-mata, malah beliau juga menitikberatkan isu ubat bersumberkan babi dari sudut perspektif agama Islam. Lalu, beliau gunakan kedua-dua elemen tersebut iaitu saintifik dan Islamik untuk melihat dengan lebih kritikal terhadap isu yang cukup hangat ini.
Setiap hasil kajian, pemerhatian, pemantauan yang beliau lakukan terhadap ubat bersumberkan babi ini, beliau telah muatkan ke dalam sebuah buku yang bertajuk..
Halalkah Ubat Anda?
Buku setebal 288 halaman ini dicetak di atas
kertas 80gm berkualiti tinggi dengan 91 halaman gambar produk berwarna
penuh. Ia mengandungi 14 Bab yang padat dengan panduan dan informasi
yang diterangkan dalam bahasa yang mudah dan ringkas.
10 Sebab kenapa anda mesti memiliki buku
panduan ubat halal ini!
Bagaimanakah Buku Panduan ini dapat Membantu Anda? Jika anda
seorang pengguna Muslim yang sangat menitik beratkan soal halal dan
haram dalam setiap aspek kehidupan anda, anda mesti mendapatkan buku
panduan ini kerana ia bakal membantu anda untuk..
|
|
Adakah anda seorang muslim yang tidak mahu menggunakan ubat mengandungi babi ?
Ya, Saya ialah seorang muslim yang tidak mahu menggunakan ubat mengandungi babi, bagaimana saya nak dapatkan buku panduan ini ?
Klik butang tempahan di atas sekarang untuk mendapatkan buku panduan
ubat halal ini pada harga promosi atau anda akan rugi dan menyesal
kerana terlepas tawaran istimewa ini.
Apa kata mereka yang telah membaca buku ini :
|
“Buku beri panduan berguna kepada pembaca
terutama unat Islam selain sebagai sumber rujukan. Sebagai ahli
farmasi, penulis berjaya memberi panduan kepada umat Islam mengenai ubat
yang haram dan halal”
Harian Metro – 4 Mei 2012
Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis ebook ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar! Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor. Dengan keadaan ubat-ubatan kita telah tercemar maka rasanya WAJIB untuk anda memiliki buku ini. Jangan beralasan anda jahil lagi selepas itu”
Majalah MILENIA MUSLIM - April 2011
Dari lapan hak yang disenaraikan, dalam konteks penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan dari sumber babi, pengamal perubatan sewajarnya sensitif terhadap kepercayaan pelbagai agama. Lantas kepada pesakit Muslim, mereka harus dimaklumkan tanpa perlu pesakit bertanya terlebih dahulu.”
Majalah AL ISLAM - Jun 2011
|
Testimoni apa kata mereka yang telah membaca buku ini
|
|
|
|
Apabila anda dapatkan buku Halalkah Ubat Anda? dengan klik butang tempahan di bawah pada hari ini juga, secara automatik anda akan menerima Bonus-Bonus Isimewa yang bernilai lebih RM120 secara PERCUMA.
Tawaran Promosi ini terhad untuk
100 Orang Terawal Sahaja!
Apabila kuota 100 orang telah penuh, tawaran promosi ini akan ditutup dan harganya akan dinaikkan
Klik butang tempahan di atas sekarang untuk mendapatkan buku panduanubat halal ini
pada harga promosi dan sekaligus mendapatkan bonus-bonus istimewa yang ditawarkan
atau anda pasti rugi dan menyesal kerana terlepas tawaran istimewa ini.
“MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM”
Jangan biarkan bahan haram tumbuh menjadi darah daging anda..
“Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram,
maka neraka lebih layak baginya”.
(Hadis Riwayat Thabrani)
|
Salam hormat,
Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi
admin@halalscience.com
P/S : Buku “Halalkah Ubat Anda?” ini merupakan buku cetakan ketiga daripada buku asal bertajuk “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif”.
P/S/S : Saya berhadapan risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat terlibat kerana mendedahkan Nama Syarikat-Syarikat Pengeluar dan Jenama-jenama ubat yang mengandungi unsur babi di dalam buku ini. Oleh itu penerbitan dan pengedaran buku ini akan akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja dan apabila buku ini ditarik-balik serta-merta, Anda pasti rugi dan menyesal jika tidak Dapatkannya pada hari ini!