Wednesday, 4 April 2012

16 TIPS JIMAT MINYAK KERETA

16 TIPS JIMAT MINYAK KERETA
TIPS JIMAT MINYAK KERETA



ISI MINYAK KERETA

1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkanSeminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.
6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
11.Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan beli tinted UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best.selalunya yang berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak
14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
15. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
16. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)

Tuesday, 3 April 2012

Gempa bumi sederhana di kepulauan Aru, Indonesia

Wartawan Sinar Harian
4 April 2012
KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pukul 7.42 pagi ini di rantau kepulauan Aru, Indonesia, demikian menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jabatan itu, dalam kenyataannya berkata pusat gempa berkenaan terletak 617 km ke tenggara Sorong di Indonesia dan 2,043 km ke tenggara Semporna, di Sabah.

Tiada amaran tsunami dikesan, tambah kenyataan itu. - Bernama

The War of Browser | Mana yang Terpantas?


Ketika ini terdapat 5 browser yang paling popular dikalangan pengguna komputer ataupun Mac, antara browser tersebut adalah Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari dan Opera.
Ada berita yang mengatakan, kini Google Chrome telah mengalahkan Internet Explorer meskipun masih diperdebatkan. Google Chrome sendiri Kini telah mencapai versi 18.
Firefox, browser sumber terbuka dari Mozilla ini popular dikalangan pengguna Windows, Mac dan Linux Kini telah mencapai versi Firefox 11.

Apple Safari dan Opera meskipun pelayar ini masih kalah dengan 3 pelayar di atas, Namun Apple Safari adalah pelayar idola setiap pengguna  Apple Macintosh, sedangkan Opera itu sendiri memiliki banyak model pilihan pada browsernya.
Banyak persoalan internet menanyakan, manakah yang tercepat Sleepless mereka? terkini pihak ZDNet melakukan pengujian terhadap Chrome 18, Internet Explorer 9, Firefox 11, Safari 5 dan Opera 11.
ZDNet melakukan pengujian menggunakan sebuah komputer berkuasa Intel Core2 Quad Q9300 2,5 GHz, 4GB RAM, Nvidia GeForce GTX 260 dengan sistem operasi Windows 7 x64. Bagaimana hasil pengujian yang telah dilakukan?
Keputusan pengujian ini menggunakan perisian SunSpider JavaScript 0.9.1 (lebih kecil lebih baik) itu menunjukkan Internet Explorer 9 mendahului, disusuli pula Firefox 10 kemudian Chrome 17 dan Chrome 18, kemudian Firefox 11 dan Opera 11 sementara Safari 5 tempat paling bawah.
SunSpider adalah perisian penguji kelajuan berasakan JavaScript yang dikembangkan oleh team WebKit Apple. Peliknya, biarpun dikembangkan oleh team Apple, Namun kenapa pelayar Apple Safari ini tetap diposisi terakhir.
Pada pengujian menggunakan perisian V8 (lebih besar lebih baik), Chrome 18 mendahului diikuti Firefox 11, Opera 11 dan Safari 5, Internet Explorer 9 menduduki posisi paling bawah.
V8 adalah perisian penguji berasakan JavaScript yang dikembangkan oleh team Google.
Pengujian Seterusnya menggunakan Peacekeeper (lebih besar lebih baik), perisian ini tidak hanya menguji kelajuan berasakan JavaScript, tapi secara keseluruhan browser.
Keputusan pengujian menggunakan Peacekeeper diluar dugaan, Chrome 17 mangalahkan Chrome 18, Firefox 10 pula mengalahkan Firefox 11 dan Internet Explorer 9 posisi terakhir.
Pengujian terakhir menggunakan perisian Kraken 1.1 (lebih kecil lebih baik), Kraken adalah perisian penguji berasaskan JavaScript yang dikembangkan oleh Mozilla.
Hasil pengujian menggunakan software Kraken, Chrome menunjukan keunggulannya di posisi pertama, disusuli pula Firefox 11, Opera 11 dan Apple Safari 5, Internet Explorer 9 tetap diposisi terakhir.
Secara umumnya, pengujian yang dilakukan ZDnet ini dimenangi oleh browser dari Google, Chrome 18. Posisi paling bawah diduduki oleh Internet Explorer 9. Firefox 11, Opera 11 dan Safari 5 menunjukan prestasi yang cukup memuaskan.
Jadi mana pilihan anda?
Diolah dari sidomi.com

Sunday, 1 April 2012

Fatwa Tentang April Fool


Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.
Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:
1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
2) Shaikh Atiyyah Saqr:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]
3) Shaikh Shalih Fauzan:
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Muslimin/muslimat sekalian,
Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.
Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!
p/s: semalam ada sahabat, blognya [ Link ] kena hack sebabnya April Fool, agak-agak lah…
Sumber: Kerabu Bersuara