Wednesday, 24 October 2012

UBAT MENGANDUNGI UNSUR BABI




Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.

Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa

Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kita pastinya adalah UBAT! Tak kiralah apa jenis penyakit yang menimpa sekalipun, ubatlah yang anda akan cari. Bukan sekadar sakit sahaja, sebaliknya dalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian, terutama dalam penjagaan tubuh badan.
Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabila demam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kita yakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dan disebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubat adalah bagus dan baik untuk tubuh. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor di hospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcit sehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambil mampu menyembuhkan sakit dialami.
Namun tahukah anda? walaupun ubat yang ada dipasaran dihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan oleh syarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.
Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkai haiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.

Dalam dunia perubatan, ubat didatangkan dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk. Ianya digunakan oleh pesakit sama ada dengan cara telan, minum, kunyah, sapu, suntik dan sebagainya. Untuk ubat yang memerlukan suntikan, kerja-kerja menyuntik akan dilakukan oleh jururawat ataupun doktor yang profesional dalam bidang ini. Tetapi, tahukah anda?
  • Bagaimana ubat itu mampu menyembuhkan penyakit ?
  • Bagaimana sesuatu ubat itu dihasilkan?
  • Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut?
  • Adakah ubat yang diberikan kepada anda itu halal ataupun haram?

“Saya tak perlu tahu, janji saya sihat”

Ramai yang mungkin berkata sedemikian kerana beranggapan perkara itu hanya perlu diketahui oleh seorang pakar perubatan dan orang biasa seperti anda hanya perlu tahu kaedah menggunakan ubat dengan betul. Tanggapan ini adalah salah sama sekali, dan saya percaya anda adalah seorang pengguna yang bijak dan anda perlu tahu perkara-perkara yang saya sebutkan di atas.
Ini kerana, perkara-perkara tersebut adalah hak dan keperluan anda sebagai seorang pengguna. Masalahnya, kadang kala tidak pernah terlintas untuk anda bertanyakan perkara ini kepada mereka yang lebih arif.
Ramai masyarakat umat islam pada hari ini juga beranggapan ubat-ubatan yang mereka terima daripada klinik ataupun hospital di Malaysia adalah dijamin halal dan sudah semestinya pihak doktor dan ahli farmasi telah menapis dan memastikan ubat-ubatan yang mereka bekalkan adalah bebas daripada bahan-bahan haram. Namun, berita-berita di bawah membuktikan semua tanggapan ini adalah salah sama sekali :
Menjawab isu di atas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha menegaskan penggunaan ubat tersebut adalah ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam. Ini kerana pada masa ini sudah terdapat ubat alternatif yang dihasilkan daripada sumber halal yang mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama.

Adakah Ubat-Ubat Penyakit Kronik sahaja
mengandungi unsur babi?

Jika anda juga beranggapan sedemikian, anda juga sebenarnya silap. Unsur babi bukan sahaja digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti sakit jantung ataupun kencing manis, tetapi ubat-ubatan lain untuk rawatan penyakit biasa seperti ubat cirit birit, ubat batuk, vitamin dan lain-lain juga ada yang mengandungi unsur haram ini. Anda tidak percaya? Lihat bukti-bukti di bawah:
Adakah penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang seperti cirit-birit dan batuk boleh dikategorikan sebagai darurat sehingga mengharuskan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan haram ini?
Bagaimana jika perkara-perkara di atas ini berlaku kepada saudara anda? keluarga anda ? Kenapa pesakit pesakit jantung dibebankan untuk membuat pilihan antara yang halal dan haram di saat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap haribulan pesakit bertambah teruk kerana keliru sama ada hendak menerima suntikan ubat yang ada unsur babi atau tidak.
Adakah anda tahu kandungan ubat cirit birit ataupun ubat batuk yang anda ambil selama ini?
Adakah anda yakin ubat-ubat yang anda ambil selama ini tidak mengandungi unsur babi?
Anda juga pasti tertanya-tanya.. Kenapa tiada panduan disediakan untuk memudahkan pesakit membuat pilihan ? Alangkah bagusnya jika di saat kritikal seperti ini anda mempunyai sebuah buku yang boleh dijadikan sebagai panduan..

Tiadakah Pilihan Ubat Alternatif Yang Lain?

Untuk pengetahuan anda, rata-rata ubat yang mengandungi unsur babi ini mempunyai pilihan alternatifnya yang spesifik. Sebab itulah, istilah darurat tidak boleh digunakan dalam kebanyakan kes kerana anda mempunyai pilihan alternatif yang lain. Masalahnya, kebanyakan pengguna Islam..
  • Umat Islam tak ambil tahu dengan kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak tahu yang ubat digunakan mengandungi bahan babi
  • Umat Islam tak bertanya dengan doktor tentang kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak dimaklumkan oleh doktor tentang kandungan ubat yang diberikan
  • Tak faham dengan istilah ubat yang menyatakan ubat mengandungi babi
  • Sering menggunakan situasi darurat kerana terdesak untuk menjadi sihat
  • Terpedaya semasa membeli ubat dan apabila semak mendapati ubat mengandungi babi

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawab untuk anda mengetahui jawapan bagi setiap pemasalahan yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda, ketahuilah bahawa ubat mengandungi unsur haram babi ini bukanlah pilihan yang terbaik.
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan DIA telah menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya, oleh karena itu kamu semua berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan yang haram."
(Riwayat Abi Darda)

Siapa Penulis Yang Nak Mendedahkan Senarai Ubat Mengandungi Unsur Babi ini?

Anda tentu tertanya-tanya siapakah Penulis yang menulis Buku Panduan Ubat Halal ini ? dan mendedahkan tentang ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dan pilihan alternatif yang boleh anda gunakan sebagai ganti.
Sebelum anda mengetahui latar belakang penulis buku ini, Ikuti dulu temubual ekslusif penulis bersama TV Alhijrah dalam mengupas isu ubat-ubatan haram ini..

Temubual Penulis – Ejen Halal, TV Alhijrah


Penulis, Abd Rahman, B.Pharm merupakan seorang Ahli Farmasi sepenuh masa. Sebagai seorang ahli farmasi, beliau pernah bertugas di hospital dan berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan semasa bertugas di Makmal Kimia Ubat.
Beliau telah membuat kajian terperinci berkaitan ubat-ubatan mengandungi unsur babi ini sejak menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2002.
Semasa menjalankan kajian ini, beliau mendapati Umat Islam di Malaysia masih kurang jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menghadapi isu penggunaan ubat dari unsur babi ini.
Kajian beliau ini bukan bersandarkan teori saintifik semata-mata, malah beliau juga menitikberatkan isu ubat bersumberkan babi dari sudut perspektif agama Islam. Lalu, beliau gunakan kedua-dua elemen tersebut iaitu saintifik dan Islamik untuk melihat dengan lebih kritikal terhadap isu yang cukup hangat ini.
Setiap hasil kajian, pemerhatian, pemantauan yang beliau lakukan terhadap ubat bersumberkan babi ini, beliau telah muatkan ke dalam sebuah buku yang bertajuk..

Halalkah Ubat Anda?
Buku setebal 288 halaman ini dicetak di atas kertas 80gm berkualiti tinggi dengan 91 halaman gambar produk berwarna penuh. Ia mengandungi 14 Bab yang padat dengan panduan dan informasi yang diterangkan dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

10 Sebab kenapa anda mesti memiliki buku
panduan ubat halal ini!

Bagaimanakah Buku Panduan ini dapat Membantu Anda? Jika anda seorang pengguna Muslim yang sangat menitik beratkan soal halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan anda, anda mesti mendapatkan buku panduan ini kerana ia bakal membantu anda untuk..
 
  1. Mengelakkan daripada terambil ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan lebih 90 jenis jenama ubat-ubatan yang disahkan mengandungi unsur babi lengkap dengan info gambar produk berwarna yang memudahkan anda mengenalinya.
  2. Mencari pilihan ubat alternatif yang lain sekiranya anda diberikan ubat yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan pilihan ubat-ubatan alternatif yang ada.
  3. Mengenalpasti ubat-ubatan yang telah diharamkan dengan menyenaraikan fatwa-fatwa perubatan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan, Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia.
  4. Mengenalpasti bahan-bahan haram haram yang digunakan dalam penghasilan ubat dengan membincangkan 7 kandungan bahan di dalam ubat yang dicurigai.
  5. Membuat keputusan dalam memilih ubat-ubatan yang sesuai dengan anda dengan menyediakan garis panduan dan soalan-soalan yang perlu anda tanya semasa berjumpa doktor.
  6. Meningkatkan kesedaran halal dalam setiap aspek kehidupan anda dengan membincangkan sebab-sebab pengharaman dan bahaya-bahaya yang berkaitan dengan babi.
  7. Sebagai panduan dan sumber rujukan yang boleh anda bawa ke mana mana terutamanya ketika anda ingin mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga anda.
  8. Menyedarkan tentang hak anda sebagai pengguna Islam yang berhak mengetahui tentang kandungan ubat-ubatan anda. Seterusnya menggunakan hak anda untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak sekiranya diberikan ubat mengandungi bahan haram.
  9. Memahami maksud yang terdapat pada label atau kotak ubat dengan menerangkan istilah-istilah sains yang ramai orang Islam tidak tahu contohnya label bertulis “This product contain substance from porcine’ bermaksud “Produk ini mengandungi bahan daripada babi”.
  10. Penulis telah memberikan yang terbaik untuk anda dengan menggunakan segala pengalaman bekerja, pengetahuan farmasi dan semua hasil kajian beliau mengenai ubat-ubatan untuk menghasilkan buku panduan ini yang amat berguna untuk anda.

Adakah anda seorang muslim yang tidak mahu menggunakan ubat mengandungi babi ?

Ya, Saya ialah seorang muslim yang tidak mahu menggunakan ubat mengandungi babi, bagaimana saya nak dapatkan buku panduan ini ?
Klik butang tempahan di atas sekarang untuk mendapatkan buku panduan ubat halal ini pada harga promosi atau anda akan rugi dan menyesal kerana terlepas tawaran istimewa ini.

Apa kata mereka yang telah membaca buku ini :


Buku panduan halal ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 dan ulasan buku ini turut tersiar di akhbar Harian Metro, Majalah Milenia Muslim dan Majalah Al-Islam :
 
“Buku beri panduan berguna kepada pembaca terutama unat Islam selain sebagai sumber rujukan. Sebagai ahli farmasi, penulis berjaya memberi panduan kepada umat Islam mengenai ubat yang haram dan halal”
Harian Metro – 4 Mei 2012
 
“Buku ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.
Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis ebook ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar!
Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.
Dengan keadaan ubat-ubatan kita telah tercemar maka rasanya WAJIB untuk anda memiliki buku ini. Jangan beralasan anda jahil lagi selepas itu”
Majalah MILENIA MUSLIM - April 2011
 
“Berbicara mengenai pengambilan ubat, AL ISLAM mendapatkan pandangan Ahli Farmasi, Abd Rahman Baco khususnya tentang hak pengguna mahupun pesakit Muslim. Abd Rahman menjelaskan di dalam bukunya terdapat lapan hak-hak pengguna yang telah dipersetujui secara global.
Dari lapan hak yang disenaraikan, dalam konteks penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan dari sumber babi, pengamal perubatan sewajarnya sensitif terhadap kepercayaan pelbagai agama. Lantas kepada pesakit Muslim, mereka harus dimaklumkan tanpa perlu pesakit bertanya terlebih dahulu.”
Majalah AL ISLAM - Jun 2011

Testimoni apa kata mereka yang telah membaca buku ini

 
"Saya merupakan pelajar farmasi dan suatu hari nanti saya bakal menjadi pegawai farmasi. Sebelum membaca ebook ini, banyak perkara yang saya tidak tahu lagi-lagi mengenai ubat yang bersumberkan babi, walaupun saya belajar dalam bidang yang berkaitan ubat-ubatan. saya agak terkejut, kerana terdapat ubat yang biasa digunakan seperti ubat batuk juga mempunyai kandungan drpd babi. Saya merasakan, ebook ini PERLU DIMILIKI oleh semua muslim, terutamanya bakal2 doktor & ahli farmasi, supaya lebih peka dgn mslh ini, justeru dapat memainkan peranan penting dalam memberikan kesedaran kepada semua muslim supaya bijak dalam membuat penilaian apabila memilih ubat serta bijak menuntut hak mereka sebagai pesakit beragama islam. wasalam."
Norashikin mohamad Sapuan
Pelajar Farmasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
"Buat kali pertama saya diperkenalkan kepada buku ini, terus saya terfikir, 'Banyak-banyak ubat kat rumah, halal ke? Baik dapatkan buku ni dan semak'. Sebaik sahaja balik ke rumah, terus ke bakul ubat-ubatan keluarga dan semak satu per satu dengan senarai yang ada dalam buku ini.
Alhamdulillah, semua ubatan keluarga halal. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada penulis, saudara Abd. Rahman kerana telah menghasilkan buku ini. Kerana kebanyakan kita, orang awam, yang bukan orang farmasi atau perubatan, jahil akan istilah-istilah perubatan.
Dengan adanya buku panduan ini, mudah-mudahan, kita umat Islam lebih berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan, dapat menjauhkan diri daripada perkara haram menjadi darah daging kita. Satu perkara lagi yang saya suka dengan buku ini ialah, penulis juga telah menyenaraikan ubatan alternatif yang halal. Usaha penulis, hanya dapat dibalas oleh yang Maha Pemurah."
Ihsan Bahri @ Dean,
Khidmat Penterjemahan
Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris
http://www.SimplyTranslate.net
Ya, itulah ulasan akhbar, majalah dan kata-kata positif yang saya terima daripada pembaca-pembaca buku panduan Halakah Ubat Anda? ini. Terdapat banyak lagi ulasan dan testimoni yang saya terima daripada pembaca-pembaca yang lain tetapi saya diminta supaya tidak mendedahkan identiti mereka.
Apabila anda dapatkan buku Halalkah Ubat Anda? dengan klik butang tempahan di bawah pada hari ini juga, secara automatik anda akan menerima Bonus-Bonus Isimewa yang bernilai lebih RM120 secara PERCUMA.

Tawaran Promosi ini terhad untuk
100 Orang Terawal Sahaja!

Apabila kuota 100 orang telah penuh, tawaran promosi ini akan ditutup dan harganya akan dinaikkan
 Klik butang tempahan di atas sekarang untuk mendapatkan buku panduanubat halal ini pada harga promosi dan sekaligus mendapatkan bonus-bonus istimewa yang ditawarkan atau anda pasti rugi dan menyesal kerana terlepas tawaran istimewa ini.

“MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM”

Jangan biarkan bahan haram tumbuh menjadi darah daging anda..
Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya”.
(Hadis Riwayat Thabrani)

Salam hormat,

Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi
admin@halalscience.com
P/S : Buku “Halalkah Ubat Anda?” ini merupakan buku cetakan ketiga daripada buku asal bertajuk “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif”.
P/S/S : Saya berhadapan risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat terlibat kerana mendedahkan Nama Syarikat-Syarikat Pengeluar dan Jenama-jenama ubat yang mengandungi unsur babi di dalam buku ini. Oleh itu penerbitan dan pengedaran buku ini akan akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja dan apabila buku ini ditarik-balik serta-merta, Anda pasti rugi dan menyesal jika tidak Dapatkannya pada hari ini!

HALALKAH UBAT ANDA?
Buku Panduan Penting Untuk Anda
Hak Cipta Terpelihara @ www.halalscience.com 

Sunday, 12 August 2012

Nenek 70 Tahun Ini Beri Kucing Susu Badannya...




 Di Mataram, seorang nenek mengejutkan ramai orang. Siti Aminah 70 Tahun warga Turen Malang yang tinggal di Panti Jompo Tresna Werdha Mataram, sejak enam bulan lalu memberikan susu badan kepada si manis yang tidak lain adalah seekor kucing.

Luarbiasa, tapi itulah tindakan seorang nenek dengan memberikan susunya kepada seekor kucing. Walupun pada awalnya hanya suka-suka tapi itu terus dilakukannya selama enam bulan.



Nenek itu mengaku kasihan melihat kucing yang ditinggal ibunya. "Saya kasihan, dan ketika saya susui ternyata kucingnya mahu dan berterusan sampai sekarang," kata Siti saat ditemui wartawan di Mataram .

Rasa kasihan Siti terhadap kucing juga kerana latar belakang oleh kisah sedih hidupnya.Selama itu Siti hidup serba kekurangan. Sepeninggal suaminya Siti terpaksa ikut dengan seorang dermawan asal Cakranegara Mataram. Orang itulah yang membawa Siti ke Rumah orang tua Tresna Werdha di Jalan Majapahit Mataram.


Rutin menyusui anak kucing itu pun dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Meskipun air susunya tidak keluar, namun kucing betina berbulu hitam putih itu nampak asyik menyusu seperti dia menyusu pada ibunya. Siti juga dilihat asyik memangku si "manis" sambil membelai kucing kesayangannya itu. Bahkan dia juga menyisihkan makanannya untuk anak kucing kesayangannya.


Tingkahlaku aneh nenek itu menarik perhatian petugas di Panti Jompo. Petugas juga pernah mengambil anak kucing kesayangan si Nenek dengan alasan menjaga kebersihan kawasan rumah itu. Namun Siti memprotes keras dengan menangis hingga dia jatuh sakit. "Saya kasihan Kucing masih kecil malah dibuang, saya senang dengan kucing itu," ujar Siti.


Hingga kini tindakan aneh iturus berlanjut. Kini dia memiliki empat ekor kucing peliharan. Keempat ekor kucing itu hidup bersama didalam BILIK tempat tinggalnya. Petugas rumah orang tua masih berusaha memujuk Siti untuk menghentikan tingkah anehnya itu.Tapi sampai ketika ini usaha petugas itu tidak berhasil.


Monday, 9 July 2012

Pelupusan sampah di Kelantan guna teknologi moden

9 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Masalah pelupusan sampah dan sisa pepejal di negeri ini akan diselesaikan tidak lama lagi menggunakan teknologi moden dari Taiwan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) memeterai perjanjian usaha sama dengan Syarikat SS Microbial Sdn Bhd bagi mewujudkan pusat pelupusan sampah dan sisa pepejal itu.

"Saya harap impian saya selama 20 tahun untuk menyelesaikan masalah sampah di negeri ini akan selesai apabila terlaksananya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu hari ini.

Yang Dipertua MPKB Fauzi Mat menandatangani perjanjian itu bagi pihak MPKB manakala syarikat tersebut diwakili Pengarah Urusannya, Lim Kok Eng.

Nik Abdul Aziz berkata satu kawasan seluas 4 hektar di Kampung Telong, Bachok akan dijadikan tapak pusat pelupusan tersebut.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Fauzi berkata pusat kitar semula dan kompos itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dibina berasaskan biologi dan alam sekitar untuk mereputkan sisa pepejal organik menggunakan mikrob untuk dijadikan baja organik.

Beliau berkata MPKB akan menyewakan tapak kilang sisa pepejal itu kepada syarikat berkenaan selama 20 tahun, melibatkan empat fasa.

"Melalui kaedah teknologi baru ini, MPKB akan mendapat pulangan hasil RM335,000 dalam tempoh 20 tahun, di samping dapat mengurangkan kos memproses dan melupus sebanyak 70 peratus," katanya.

Fauzi juga berkata melalui teknologi itu, sampah jenis organik akan direputkan menggunakan mikrob bagi menghasilkan baja organik yang boleh digunakan dalam sektor pertanian.

Beliau berkata setakat ini, MPKB memungut sampah berjumlah 300 tan sehari serta 110,000 tan metrik setahun, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 70 peratus adalah sampah jenis organik seperti sisa makanan, sayur-sayuran, buah-buahan serta haiwan. - Bernama

Wednesday, 23 May 2012

Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga

Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.

“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.

“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.

“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.

Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.

Wednesday, 4 April 2012

16 TIPS JIMAT MINYAK KERETA

16 TIPS JIMAT MINYAK KERETA
TIPS JIMAT MINYAK KERETA



ISI MINYAK KERETA

1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkanSeminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.
6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
11.Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan beli tinted UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best.selalunya yang berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak
14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
15. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
16. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)

Tuesday, 3 April 2012

Gempa bumi sederhana di kepulauan Aru, Indonesia

Wartawan Sinar Harian
4 April 2012
KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pukul 7.42 pagi ini di rantau kepulauan Aru, Indonesia, demikian menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jabatan itu, dalam kenyataannya berkata pusat gempa berkenaan terletak 617 km ke tenggara Sorong di Indonesia dan 2,043 km ke tenggara Semporna, di Sabah.

Tiada amaran tsunami dikesan, tambah kenyataan itu. - Bernama

The War of Browser | Mana yang Terpantas?


Ketika ini terdapat 5 browser yang paling popular dikalangan pengguna komputer ataupun Mac, antara browser tersebut adalah Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari dan Opera.
Ada berita yang mengatakan, kini Google Chrome telah mengalahkan Internet Explorer meskipun masih diperdebatkan. Google Chrome sendiri Kini telah mencapai versi 18.
Firefox, browser sumber terbuka dari Mozilla ini popular dikalangan pengguna Windows, Mac dan Linux Kini telah mencapai versi Firefox 11.

Apple Safari dan Opera meskipun pelayar ini masih kalah dengan 3 pelayar di atas, Namun Apple Safari adalah pelayar idola setiap pengguna  Apple Macintosh, sedangkan Opera itu sendiri memiliki banyak model pilihan pada browsernya.
Banyak persoalan internet menanyakan, manakah yang tercepat Sleepless mereka? terkini pihak ZDNet melakukan pengujian terhadap Chrome 18, Internet Explorer 9, Firefox 11, Safari 5 dan Opera 11.
ZDNet melakukan pengujian menggunakan sebuah komputer berkuasa Intel Core2 Quad Q9300 2,5 GHz, 4GB RAM, Nvidia GeForce GTX 260 dengan sistem operasi Windows 7 x64. Bagaimana hasil pengujian yang telah dilakukan?
Keputusan pengujian ini menggunakan perisian SunSpider JavaScript 0.9.1 (lebih kecil lebih baik) itu menunjukkan Internet Explorer 9 mendahului, disusuli pula Firefox 10 kemudian Chrome 17 dan Chrome 18, kemudian Firefox 11 dan Opera 11 sementara Safari 5 tempat paling bawah.
SunSpider adalah perisian penguji kelajuan berasakan JavaScript yang dikembangkan oleh team WebKit Apple. Peliknya, biarpun dikembangkan oleh team Apple, Namun kenapa pelayar Apple Safari ini tetap diposisi terakhir.
Pada pengujian menggunakan perisian V8 (lebih besar lebih baik), Chrome 18 mendahului diikuti Firefox 11, Opera 11 dan Safari 5, Internet Explorer 9 menduduki posisi paling bawah.
V8 adalah perisian penguji berasakan JavaScript yang dikembangkan oleh team Google.
Pengujian Seterusnya menggunakan Peacekeeper (lebih besar lebih baik), perisian ini tidak hanya menguji kelajuan berasakan JavaScript, tapi secara keseluruhan browser.
Keputusan pengujian menggunakan Peacekeeper diluar dugaan, Chrome 17 mangalahkan Chrome 18, Firefox 10 pula mengalahkan Firefox 11 dan Internet Explorer 9 posisi terakhir.
Pengujian terakhir menggunakan perisian Kraken 1.1 (lebih kecil lebih baik), Kraken adalah perisian penguji berasaskan JavaScript yang dikembangkan oleh Mozilla.
Hasil pengujian menggunakan software Kraken, Chrome menunjukan keunggulannya di posisi pertama, disusuli pula Firefox 11, Opera 11 dan Apple Safari 5, Internet Explorer 9 tetap diposisi terakhir.
Secara umumnya, pengujian yang dilakukan ZDnet ini dimenangi oleh browser dari Google, Chrome 18. Posisi paling bawah diduduki oleh Internet Explorer 9. Firefox 11, Opera 11 dan Safari 5 menunjukan prestasi yang cukup memuaskan.
Jadi mana pilihan anda?
Diolah dari sidomi.com

Sunday, 1 April 2012

Fatwa Tentang April Fool


Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.
Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:
1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
2) Shaikh Atiyyah Saqr:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]
3) Shaikh Shalih Fauzan:
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Muslimin/muslimat sekalian,
Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.
Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!
p/s: semalam ada sahabat, blognya [ Link ] kena hack sebabnya April Fool, agak-agak lah…
Sumber: Kerabu Bersuara

Thursday, 29 March 2012

Wacana: Rasuah politik tidak bermusim


Wacana: Rasuah politik tidak bermusim
Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2012
Wacana Sinar Harian ke-12 bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti"
SHAH ALAM - Rasuah politik memang wujud dan ia wujud bukan hanya semasa pilihan raya sahaja.

Parti pemerintah terutamanya, memang menjanjikan sesuatu ganjaran kepada rakyat, termasuk projek pembangunan bagi terus mendapat sokongan.

Soalnya, apakah itu juga boleh dianggap rasuah politik?

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangkang sering menuduh kerajaan rasuah apabila menjanjikan projek pembangunan kepada rakyat.

“Sedangkan itu tanggung jawab kita sebagai pemerintah," kata wakil rakyat kawasan Kota Belud ini.

Namun katanya, mereka sendiri sering terlupa turut menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk meraih undi.

“Kita janji apa yang kita mampu tetapi janji mereka, mereka sendiri pun tak dapat nak tunaikan,” katanya lagi ketika hadir sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Selain Abdul Rahman, turut sama berhujah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull; tokoh akademik dan hak asasi terkemuka, Dr Chandra Muzaffar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Wacana dipengerusikan pensyarah­ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Ketika menjelaskan definisi tajuk bagi dirinya, Rafizi mengakui rasuah politik satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberikan janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memberi kelebihan kepada mereka.

“Di Malaysia, rasuah berlaku apabila seseorang individu menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Pemahaman rakyat terhadap rasuah politik ialah kuasa disalahgunakan untuk memberikan projek kepada pihak-pihak tertentu dan bon pada pilihan raya,” katanya.

Berlainan pula bagi Chandra yang menegaskan bahawa rasuah politik adalah janji dibuat individu yang mewakili parti politik bagi meraih undi.

Menurutnya, rasuah politik bukan hanya tertumpu di negara ini, tetapi merangkumi seluruh dunia dalam usaha seseorang atau sesuatu kumpulan mencari kuasa sebagai parti pemerintah.

“Rasuah politik melangkaui sempadan kerana ia merangkumi semua pihak termasuk parti kerajaan ataupun pembangkang dan ia tidak tertumpu satu pihak sahaja.

“Jika kita lihat mana-mana pilihan raya, pemimpin setiap parti politik menjanjikan pelbagai imbuhan untuk memancing undi,” katanya.

Namun kata Chandra, rakyat sedia maklum rasuah politik bukanlah parti, sebaliknya sikap individu atau ahli politik itu sendiri dalam usaha meraih kemenangan.

“Ia boleh disifatkan bahawa rasuah jenayah individu,” katanya.

Mohd Shukri mengingatkan orang ramai supaya tidak menyangka buruk atau memusuhi SPRM yang bekerja keras serta bebas mencegah perbuatan rasuah bagi menyelamatkan masyarakat serta negara.

“Semua orang, terutama pemimpin politik janganlah musuhi kami. Kami berjuang menyelamatkan negara. Marilah kita sama-sama selamatkan negara. Janganlah politikkan isu rasuah kerana musuh kita ialah jenayah rasuah,” katanya.

Bagi maksud yang sama, Mohd Shukri berkata, pemimpin BN dan PR perlu menunjukkan persepakatan mereka untuk tidak mempolitikkan isu rasuah sebagaimana dimeterai bersama dalam Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah.

Menurutnya, masalah dihadapi SPRM dalam menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pemimpin politik ialah rasuah dipolitikkan demi kepentingan mereka.

“Isunya kini, jangan hanya bercakap tetapi kita perlu terjemahkan dalam bentuk tindakan.

“Mulai hari ini, dengan persetujuan wakil dua pemimpin daripada BN (Abdul Rahman) dan PR (Rafizi) tidak mempolitikkan rasuah, saya minta ianya terjemahkan dengan tindakan,” katanya.

Mahathir: Sukar nak ramal keputusan PRU13

29 Mac 2012
tun mahathir
PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar.- Bernama

Tuesday, 27 March 2012

‘Drama’ ketua penyamun

TINGGI...suspek yang cuba terjun dari papan tanda hotel berkenaan.
TINGGI...suspek yang cuba terjun dari papan tanda hotel berkenaan.
KLANG: Kelicikan ketua geng ‘Robert Tee’ yang memiliki 20 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun kereta mewah dan samun bersenjata di Klang dan Lembah Klang berakhir apabila ditahan ketika cuba untuk terjun dari sebuah hotel di sini, Sabtu lalu.
Episod penahanan bermula apabila lelaki berusia 34 tahun itu yang menyedari dirinya cuba ditahan polis di tingkat empat tempat letak kereta hotel berkenaan melarikan diri dengan berpaut pada palang papan tanda hotel hampir dua jam dan mengugut untuk terjun.

Namun, akibat kepenatan dan dipujuk ahli keluarga dan pihak berkuasa, lelaki itu membatalkan hasrat untuk terjun dan menyerah diri.
Selain lelaki itu, dua lagi anggota kumpulannya ditahan di hotel sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebelum kejadian, polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta Mercedes Benz yang dilaporkan hilang di Setapak, Jumaat lalu, berada di sebuah hotel di Pandamaran melalui sistem pengesanan global (GPS) kereta berkenaan.

Katanya, sepasukan polis bergegas ke hotel berkenaan dan mendapati dua lelaki baru keluar dari kereta itu yang diletakkan di tempat letak kereta di tingkat dua hotel terbabit.


“Kecekapan polis kemudian menahan suspek yang pada mulanya cuba melarikan diri ke kawasan hotel.

“Sebaik ditahan, tiba-tiba sebuah kereta BMW yang dipandu laju seorang lagi suspek menuju tingkat empat hotel berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.
Mohamad berkata, polis mengejar sebelum suspek yang terdesak memanjat tembok hotel dan berpaut pada papan tanda hotel sebelum membuang sebuah beg sandang miliknya.

Menurutnya, suspek yang sudah buntu untuk melarikan diri mengugut untuk terjun walaupun cuba dipujuk.

Difahamkan, suspek akur dan menyerah diri apabila ada individu yang dipercayai ahli keluarganya datang ke lokasi kejadian dan memujuk suspek daripada terjun.

Semua suspek kini direman sehingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 309 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba membunuh diri dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958

Air kencing Saiful Apek, tiga rakan positif kanabis - saksi

Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2012
Saiful Apek
PETALING JAYA -- Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.
  
Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.

Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.
Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan. -- Bernama

Monday, 26 March 2012

Abu Hassan: Pengarah filem syok sendiri

ANITA ABU HASAN & HASLINA KAMALUDIN
26 Mac 2012
Prof Madya Dr Abu Hassan
Buhohan
SEGELINTIR pengarah nampaknya berkhayal atau syok sendiri ketika menghasilkan sesebuah filem dari aliran seni.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, tanggapan seumpama itu boleh dilihat menerusi beberapa penghasilan filem sedemikian di negara ini kabur dan bercelaru atau boleh dikatakan carca marba.

Menurutnya, filem terbaru Bunohan misalnya di mana karya Dain Said itu yang lemah dramaturgi atau pada jalan cerita telah membuatkan karya tersebut tidak diterima masyarakat.

“Saya sanggup kata Bunohan adalah hasil seorang pengarah amatur berikutan ia penuh kekeliruan.

“Cerita di dalam filem itu jika dibandingkan dengan filem Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali (1984) sangat jauh, betapa lemahnya Bunohan.

“Apatah lagi untuk dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak arahan Tan Sri P Ramlee serta Hang Jebat arahan Hussien Haniff,” ujarnya.

Menurutnya, supaya umum lebih jelas, beliau mengambil perbandingan­ antara filem Melayu klasik berkenaan dan Bunohan.

Baginya, Bunohan sebuah contoh karya yang disumbat dengan banyak perspektif hingga tidak difahami apa yang hendak ditawarkan apatah lagi untuk difahami.

Beliau berpendapat supaya mencontohi pengarahan P Ramlee yang berjaya menghidupkan Semerah Padi sebagai sebuah realiti kehidupan kerana perspektifnya adalah jelas.

“Kita contoh dalam babak ketika watak Aduka dan Dara berada dalam sebuah rumah. Itu dari perspektif Taruna iaitu tunang kepada Dara. Taruna yang bercerita dan sebab itulah yang disebat itu Aduka dan Dara. Bermaksud Taruna yang intai semua pergerakan mereka.

“Sementara Sumpah Orang Minyak dari satu perspektif iaitu si Bongkok yang cacat dan dihina masyarakat hingga akhirnya merajuk.

“Sama juga dengan filem Hang Jebat yang diadaptasi daripada teks Hang Tuah di mana ia mengangkat Hang Jebat yang merajuk hingga mengamuk kerana sistem (pemerintahan). Namun, apa yang ditawarkan Bunohan?”

Abu Hassan berkata, sehubungan itu ketiga-tiga filem Melayu lama berkenaan menjadi naskah hebat yang diterima masyarakat sejak dahulu hingga abad ini. Sebaliknya pengarah Bunohan menghasilkan filem atas keinginan sendiri tanpa sebuah proses menerbitkan filem yang betul.

Katanya, perlu diingat bahawa membaca filem bukan dari gambarnya sahaja tetapi luarannya adalah penting sama ada soal antropologi, sosiologi, psikologi mahupun georgrafinya, bukan carca marba.

Namun katanya, itu yang dikesan dalam filem kita, antaranya banyak perspektif, sinematografi cantik tetapi kosong, skrip yang sukar difahami malah lebih lemah apabila tidak disokong oleh elemen visual sedemikian.

“Kalau filem komersial mengabaikan ini, kita boleh beri alasan kerana ia filem murahan yang tidak perlu ditangani secara akademik. Bagi penonton, jika hendak jadi naskah sempurna maka harus jadi naskah sempurna. Sebaliknya jika hendak jadi naskah murah maka cukup untuk jadi naskah murahan.

“Jadi kita pun kata, kenapa orang tengok filem Hantu Bonceng dan Sembilu. Masyarakat mungkin kata, itu sudah memang filem murahan dan mereka sememangnya hanya mahu berhibur. Apa pula faedahnya menonton filem seni sekiranya tidak luar biasa seperti difikirkan,” ujarnya.

Abu Hassan berkata, sehubungan itu jawapan mengapa filem seni tidak laku, ialah kerana naskah itu sendiri yang lemah hingga ditolak oleh masya­rakat. Bukan masalah polemik antara filem komersial dan seni.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa penonton bijak apabila mereka menonton filem Godfather. Mengapa mereka tonton filem Hindi, Dil To Pagal Hai yang juga berat tetapi pada waktu sama tonton Kuch Kuch Hota Hai, sebuah teks yang sangat ringan.

“Kenapa penonton tengok filem Hantu Bonceng dan tidak mahu tengok­ Bunohan. Mesti ada masalah pada Bunohan kerana penonton yang pergi ke pawagam adalah sama.

“Kita tidak boleh menuduh masyarakat atau menyebelahi mana-mana pihak. Oleh kerana itulah, sutradara tidak boleh berkhayal mengarah karya untuk diri sendiri dengan mengatakan ‘aku bebas’ berkarya,” tambah Abu Hassan.

Katanya, filem yang dibikin dengan pengarahnya berkhayal hanya patut atau layak ditayang di pawagam milik pengarah itu sendiri bukan peringkat umum kerana jika hendak tayang kepada umum, karya seni mestilah suatu karya ajaib yang boleh diterima sebagai naskah luar biasa.

“Sebab itu orang ramai menonton Matinya Seorang Patriot dan tidak menolak filem Azura yang juga sebuah teks berat. Orang tidak tolak lakonan Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan juga filem Abang serta Tsu Feh Sofiah (arahan Datuk Rahim Razali, 1981).

“Namun orang menolak Azura 2012. Mesti ada persoalan. Masalah sekarang ialah, kita tidak faham masyarakat terlalu banyak menonton karya yang diterbitkan di pawagam, televisyen, satelit dan Youtube.

“Mereka telah menonton pelbagai filem seni dan komersial pelik tetapi puas. Oleh kerana itu, didapati tidak semua filem komersial juga berjaya,” ujarnya.

Menurutnya, filem komersial seperti Kembar Siam dan Karipap- Karipap Cinta yang menerima nasib seperti Bunohan menandakan, sudah ada parameter dalam kalangan masyarakat.

“Kenapa mereka tengok Hantu Bonceng. Saya tidak fikir kerana Zizan (pelakon) tetapi mereka percaya itulah filem komersial yang puas. Mungkin penonton tidak tengok Bunohan bukan kerana menentang sebuah karya baik tetapi mungkin penonton lebih awal memberitahu bahawa karya yang baik ini sebenarnya mempunyai masalah yang tidak sepatutnya. Jadi, kita mesti tengok situasi itu,” tegas Abu Hassan.

“Orang ramai hendak filem yang baik, yang mengangkat antropolgi, sejarah atau sosiologi bangsa dalam sebuah bentuk dramaturgi cerita yang sempurna sebagaimana filem Hang Jebat , Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Abang dan Matinya Seorang Patriot.

“Orang hendak macam itu. Bagi masyarakat, lebih baik buat filem komersial sekiranya tidak sampai ke peringkat ini kerana setidak-tidaknya tidak menyakitkan hati,” katanya.

Isu Yahudi: Boleh komunikasi dalam urusan kehidupan

Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2012
Abdul Hadi
SHAH ALAM – Masyarakat Islam boleh berkomunikasi dengan Yahudi dalam urusan kehidupan dari segi kemanusiaan melalui aktiviti kemasyarakatan dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah SAW ketika di Madinah juga mengadakan persefahaman dengan Yahudi untuk membuka ruang kepada mereka melihat adilnya Islam.

Menurutnya, terdapat kalangan Yahudi memeluk agama Islam, menjadi isteri dan sahabat kepada Baginda iaitu Abdullah Salam.

“Baginda bermuamalat dengan Yahudi termasuklah membenarkan orang Islam berniaga dengan Yahudi. Baginda juga menggadaikan baju rantainya kepada Yahudi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Antarabangsa Al- Madinah (Mediu), semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan urusan dengan Yahudi pada hari ini adalah haram, lebih-lebih lagi Zionis yang nyata menyokong pembunuhan umat Palestin dan memusuhi Islam.

“Tiada masalah kenyataan dikeluarkan Nasrudin. Kenyataannya kami sama, tetapi media tidak menyiarkannya dengan betul,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, Islam haram berhubungan dengan Zionis kerana mereka bermusuhan dengan Islam dan ada agenda tersendiri.

“Dengan bangsa Yahudi, kita berdakwah kepada mereka mengenai Islam dan mereka diutamakan kerana mereka golongan al Kitab.

“Ada Yahudi ortodoks dan mazhab Yahudi ortodoks yang anti Zionis iaitu anti penubuhan Israel di Britain dan Amerika,” katanya.

Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah

Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2012
Azmin Ali
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

Perodua sedia berkerjasama dengan Proton

Wartawan Sinar Harian
25 Mac 2012
Perodua tingkat jualan di Mauritius
KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) masih membuka pintu rundingan untuk menjalin usaha sama strategik dengan DRB-Hicom Bhd, pemilik baharu syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau bagaimanapun berkata pembuat kereta terbesar negara itu masih tidak berminat untuk bergabung.

Aminar berkata berikutan Proton dan Perodua menolak cadangan untuk bergabung, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan pelbagai bidang usaha sama strategik.

"Memandangkan ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, kami bersetuju. Namun ia dipersetujui oleh pengurusan Proton yang lama. Selepas perkembangan terbaru ini, pemilik baharu Proton, DRB-Hicom, belum menghubungi kami.

"Jika ada peluang untuk kami menggerakkan cadangan itu, kami terbuka untuk berunding. Ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta industri automotif tempatan. Namun, kami masih tidak berminat untuk bergabung," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Aminar berkata terpulang kepada pemilik baharu untuk meneliti dan memberikan pandangan sama ada kedua-dua syarikat perlu menjalin usaha sama strategik.

Perodua yang menjual 180,000 kereta penumpang tahun lepas dan mempertahankan kedudukan nombor satu dari segi jualan dalam negara, menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 188,000 unit tahun ini.

Bagi bulan Januari dan Februari tahun ini, syarikat pembuat kereta nasional kedua itu masing-masing menjual 13,684 dan 15,097 unit kereta.

"Jumlah kereta yang diservis pada Januari sebanyak 140,000 unit manakala 280,000 unit lagi diservis pada Februari, yang menunjukkan pelanggan Perodua masih bergantung kepada kami untuk perkhidmatan servis. Jumlah jualan alat ganti pula bernilai RM16.9 juta pada Januari dan RM17.3 juta bulan lepas," katanya.

Untuk masa hadapan, Aminar berkata syarikat itu mahu menarik kembali pelanggan selepas tempoh jaminan tamat bagi meningkatkan perniagaan alat ganti dan perkhidmatan servis.

"Hanya separuh sahaja daripada pelanggan kami mendapatkan servis di Perodua selepas tempoh jaminan tamat. Kami sedang mengkaji untuk memulakan kempen baharu yang dikenali sebagai
Flexi Bijak dan melancarkan jenama kedua alat ganti kami.

"Ia hampir sama dengan jenama alat ganti lama namun beberapa spesifikasi seperti kitaran hayat akan ditukar. Ini akan menjadikan harganya lebih murah dan mampu dibeli," katanya.

Aminar berkata Perodua juga akan memperkenal semula perniagaan kereta terpakai yang ditamatkan dua tahun lepas, pada separuh kedua 2012.

Beliau berkata syarikat itu kini dalam proses mengambil pekerja yang bersesuaian untuk memulakan operasi terbabit.

"Pasaran ini semakin meningkat. Begitu juga dengan permintaan untuk kereta terpakai Perodua.

"Ramai pemilik kereta lama Perodua mahu menukar kereta Perodua versi baharu. Menerusi pusat kereta terpakai ini, pengguna boleh mendapatkan nilai kereta terpakai terbaik selain berperanan sebagai rangkaian untuk membeli kereta terpakai atau kereta baharu keluaran Perodua.

"Perodua merancang membuka pusat operasi di bandar raya besar dan mengekalkan nilai jualan semula kereta kami," katanya.

Beliau berkata pusat kereta terpakai itu akan menerima semua jenama kereta, namun hanya menjual kereta terpakai Perodua. - Bernama

Friday, 23 March 2012

Terkejut putih telur berwarna biru

RAIHAM MOHD SANUSI
24 Mac 2012
telur terengganu
KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.
“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.
“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.
Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.
“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.
"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

2 rentung, mimpi buruk ibu jadi kenyataan

NOR AZURA MD AMIN
24 Mac 2012
rumah bakar forensik
rumah bakar satu

PONTIAN - Seorang ibu langsung tidak menyangka mimpi buruk yang dialaminya menjadi kenyataan apabila dua anaknya rentung dalam kejadian kebakaran di Pekan Ayer Baloi, Pontian, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kebakaran melibatkan 10 rumah kedai papan dua tingkat itu, Rohman Selamat, 12, dan kakaknya, Khusnul Khotimah Selamat, 13, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan hanya tinggal cebisan rangka dan tulang.

Hasniah Abd Husin, 50, yang masih terkejut dengan tragedi yang menimpa dua anaknya berkata, dia mengalami mimpi aneh sejak tiga bulan lepas dan tidak menyangka ia merupakan petanda buruk bahawa anak keenam dan ketujuhnya itu akan pergi selama-lamanya.

“Saya bermimpi tidak sempat capai tangan anak yang sedang meminta bantuan.

“Macam-macam kejadian aneh yang saya lihat dalam mimpi itu seperti tanah runtuh dan rumah terbakar, namun setiap kali saya cuba capai tangan salah seorang anak, pasti tidak kesampaian,” katanya dengan linangan air mata.

Sementara itu suaminya, Selamat Kosnan, 51, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga tidur lena sebelum dikejutkan dengan bau asap tebal yang memenuhi ruang rumah.

“Khotimah dan Rohman tidur di tingkat atas rumah kedai, manakala dua lagi anak kami, Mohd Suhiban, 15, dan Mohd Iskandar, 17, tidur di tingkat bawah,

“Khotimah yang mengejutkan kami semua, menjerit dan memberitahu rumah kami sudah dipenuhi asap tebal di bahagian bawah,” katanya.

Menurutnya, dia dan Hasniah bangun dalam keadaan panik terus ke tingkat bawah dan mengejutkan dua lagi anak lalu terus lari ke luar rumah menerusi pintu belakang.

“Saya sangkakan Khotimah dan Rohman sudah keluar lebih awal kerana mereka berdua yang mula-mula sedar rumah terbakar, rupa-rupanya mereka terperangkap dalam asap tebal,” katanya yang hanya bekerja kampung.

Tambah Selamat, dia cuba bertindak masuk ke rumah semula untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya, namun dihalang jiran memandangkan api sedang marak dan merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

“Kami masih sangat terkejut dengan tragedi ini, namun redha dan menerima ketentuan ALLAH SWT,” katanya yang turut mempunyai dua lagi anak, Nor Fitri Yana, 18, dan Mohd Hanafi, 21, masing-masing menuntut di asrama Sekolah Menengah Agama An Nur Benut dan Giat Mara Pontian dan tidak berada di rumah ketika kejadian.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Ng Cheng Leong, 65, yang merupakan salah seorang penghuni deretan rumah kedai berkenaan juga dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan asma di Hospital Pontian.

Api marak dengan cepat

Sementara itu, tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan rumah kedai berhampiran daripada turut musnah dalam kejadian kebakaran itu, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdul Hamid Aroon berkata, sebanyak 20 rumah kedai yang berada di sebelah kanan dan kiri deretan bangunan yang musnah dalam kebakaran itu berjaya diselamatkan.

“Pihak kami menerima panggilan dari Bilik Kawalan Balai Bomba Johor Bahru, kira-kira jam 4.47 pagi dan sampai di tempat kejadian 15 minit kemudian.

“Seramai 32 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Pontian, Balai Bomba Pontian Baru, Balai Bomba Rengit, Batu Pahat dan Bomba Sukarela Benut dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.

Menurut Abdul Hamid, sebaik sahaja mereka tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan dilaporkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.

“Sebaik saja api dipadamkan, pasukan bomba terus membuat pemeriksaan dan menjumpai rangka dan tulang kanak-kanak yang rentung berhampiran pintu keluar.

“Api cepat merebak kerana bangunan kedai dua tingkat itu diperbuat daripada papan dan bangunan itu juga uzur kerana sudah lebih 60 tahun dibina,” katanya.

Abdul Hamid berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pakar Patologi daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Forensik Polis DiRaja Malaysia turut dipanggil untuk mengenal pasti mangsa.

Bunyi hon kejutkan penduduk

Dalam pada itu, salah seorang jiran mangsa turut menceritakan detik-detik cemas yang dialami ketika kebakaran itu berlaku.

Menurut Saadiah Mahadi, 54, ketika kejadian, dia bersama suami dan anak sedang tidur di tingkat atas rumah kedai berkenaan namun tersedar selepas terdengar bunyi hon kenderaan yang melalui jalan itu.

“Bunyi hon lori sampah dan kenderaan yang melalui jalan Pekan Ayer Baloi berjaya mengejutkan kami yang sedang lena dibuai mimpi.

“Selepas terjaga, saya terdengar bunyi riuh rendah orang meminta tolong. Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat rumah jiran di hadapan sedang dijilat api,” katanya yang mengusahakan kedai jahitan di situ.

Saadiah berkata, dia terus mengetuk rumah jiran yang lain dan meminta mereka keluar memandangkan api sedang marak kerana kebanyakan rumah di situ diperbuat daripada kayu.

Peniaga kedai kopi, Lee Lock San, 65, berkata, dia dan isteri turut terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising.

“Apabila saya bangun, api sudah marak ke kedai berhampiran, dan turut merebak ke kedai saya,” katanya tinggal di situ sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga Selamat turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian dan penduduk kampung apabila mereka bekerjasama menyediakan rumah sewa sementara buat mereka.

Menurut Penghulu Mukin Ayer Baloi, Zulkifli Tubee, rumah sewa berkenaan akan menjadi tempat tinggal sementara bagi keluarga malang itu, manakala 10 keluarga lain yang terlibat dalam kebakaran tersebut akan tinggal bersama saudara-mara mereka di kawasan sekitar.

Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon turut melahirkan rasa simpati terhadap pasangan Selamat dan Hasniah di atas pemergian tragis kedua-dua anak mereka.

“Saya minta supaya kedai-kedai lama yang telah berusia puluhan tahun ini membuat pemeriksaan sistem pendawaian elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Tuesday, 20 March 2012

Kisah katak dan ikan

Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu, terdapat seekor katak yang bersahabat baik dengan ikan-ikan yang berada di dalam sebatang sungai. Sungai tersebut terletak jauh di dalam hutan. Katak dan ikan telah berkawan baik sejak kecil lagi, yakni ketika katak tersebut masih lagi merupakan seekor berudu. Katak sangat dipercayai oleh komuniti ikan di dalam sungai tersebut. Dia seorang yang sangat jujur dan tidak pernah bercakap bohong. Sekian lama mereka tinggal di dalam sungai tersebut, tidak pernah berlaku sebarang ancaman atau bahaya. Mereka hidup dalam keadaan aman dan dilimpahi rezeki yang banyak.

Ketika katak menginjak dewasa, berlaku perubahan pada dirinya yang menyebabkan dia boleh hidup di dalam air dan juga di daratan. Semenjak boleh hidup di daratan, katak sering keluar dari sungai menuntuk ilmu dengan haiwan-haiwan lain di daratan. Banyak perkara yang dipelajarinya dan tatkala pulang ke dalam sungai, beliau akan menceritakannyan kepada rakan-rakan baiknya. Ada yang mempercayainya dan tidak kurang juga yang mentertawakannya.

Pada suatu hari ketika katak sedang naik ke daratan, dia terlihat sebuah kenderaan besar diberhentikan berhampiran sungai. Dari kenderaan tersebut, keluar beberapa orang manusia membawa beberapa buah kotak yang besar. Mereka menghidupkan ungun api, memasang alat pemanggang, dan mengisi pelbagai jenis umpan pada joran yang mereka bawa. Ada juga yang sedang membelek-belek pukat sabil menjahitnya.

"Ini bahaya nih, baik aku segera beritahu ikan", katanya sendirian lalu bergegas masuk semula ke dalam sungai dan memanggil sahabat baiknya. "Pergi kumpul semua ikan-ikan di sungai ini, aku ada suatu hal mustahak nak cakap". Rakan baiknya tanpa bercakap panjang, terus berenang dengan laju meninggalkannya. Dalam beberapa saat sahaja, datang pelbagai jenis ikan berkumpul menantikan pengumuman mustahak oleh katak, sahabat baik mereka.

"Wahai ikan-ikan sekalian, aku baru sahaja tadi turun dari daratan. Aku terlihat sekumpulan manusia yang sedang bersiap sedia untuk menangkap kamu dengan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat. Ikan yang mereka tangkap akan mereka bakar di atas ungun api yang besar. Oleh itu, janganlah kalian mendekati tebing sungai itu".

"Makanan yang lazat-lazat kata kamu? Kalau macam itu, mereka mesti orang yang baik !", balas seekor ikan.

"Tidak! Makanan itu hanyalah ujian ke atas kamu. Janganlah kamu makan apa yang mereka beri. Jauhilah tebing sungai ini. Bahaya menanti kamu."

"Arghh. Tipulah, sebenarnya kamu yang nak makan makanan itu bukan? Sebab itu kamu suruh kami menjauhi tebing sungai, betul tak?", sergah seekor ikan lagi.

"Tidak sahabat-sahabaku sekalian ! Aku cuma mahukan yang terbaik buat kalian."

Ikan-ikan yang berkumpul tadi beredar. Ada yang terus menuju ke tebing sungai, ada yang terus menjauhi tebing sungai, dan ada juga yang berada sedikt jauh dari tebing sungai, ingin memerhatikan apa yang berlaku.

Keadaan air sungai yang tenang pada petang itu tiba-tiba berkocak dengan kemunculan beberapa ekor cacing yang gemuk-gemuk, menari-nari seolah-olah menggamit ikan-ikan yang berada di sekeliling untuk datang menerpa mereka. Beberapa ekor ikan sudah kelihatan tidak sabar melihat telatah cacing-cacing yang menggoda mereka. Tanpa menghiraukan pesan si katak, beberapa ekor ikan mara dan menerkam cacing-cacing tersebut. Ada yang terus makan keseluruhan cacing sekaligus menyebabkan mereka tertelan mata kail yang terdapat padanya, dan ada juga yang berhati-hati, hanya makan sedikit-sedikit cacing yang terkeluar dari mata kail.

"Hah, tengok ini. Tak ada apa-apa pun? Sah katak tu si penipu !", kata ikan yang paling besar dikalangan mereka.

"Ya betul. Lazat sungguh makanan ini. Ini pertama kali saya merasa makanan sebegini lazat."

"Hey rakan-rakan, kemarilah ke sini, sedap nih. Tak makan, rugiiiiiii.....", ejek seekor ikan kepada rakan-rakannya yang sedang memperhatikan mereka dari jauh. Kelihatan beberapa ekor ikan datang menghampiri mereka akibat tidak tahan melihat 'rezeki' rakan-rakan mereka.

Beberapa ekor ikan tiba-tiba ditarik keatas. Kejadian itu ada diperhatikan oleh beberapa rakannya. Ada yang segera meninggalkan tebing sungai namun ada juga yang masih berdegil.

"Mamat tu bodoh, siapa suruh makan kesemua sekali dengan besi bengkok tu. Tengok macam aku, OK jer. Makan sikit-sikit je la. Pandai-pandilah kalau nak hidup. Hahaha.....".

Kata-kata itu ada yang menyebabkan beberapa ekor ikan yang hendak meninggalkan tebing itu berpatah balik. Ikan-ikan yang ada semua meniru gaya makan sedikit-sedikit seorang rakan mereka bagi mengelakkan dari tertelan mata kail. Apabila umpan habis, akan turun pula umpan baru.

Melihatkan betapa 'berjayanya' rakan-rakan mereka menikmati makanan tanpa ditangkap, beberapa ekor ikan yang pada mulanya tadi hanya memerhatikan dari jauh, berenang pantas meluru kearah tebing sungai.

Masa berlalu. Banyak umpan telah mereka makan. Umpan sudah makin berkurangan sehingga suatu ketika, tiada lagi umpan yang ada.

"Haha... sampai habis juadah mereka kita makan. Tak kene tangkap pon. Memang sah si katak ni sebesar-besar pendusta dan sesat.", kata seekor kata dengan megahnya. "Betul.. katak tu bengong, bodoh punya katak..." tambah seekor ikan lain sambil ditertawakan rakan-rakan mereka.

Tiba-tiba datang suatu jaring besar menutupi mereka semua. Terasa diri mereka ditarik ke atas. Masing-masing makin mendekati antara suatu sama lain, berhimpit-himpit antara suatu sama lain. Ketika sedang ditarik ke atas, ikan-ikan tersebut makin sukar bernafas dan apabila mereka berada di permukaan air, maka terlihatlah pada mereka akan unggun api besar yang diperkatakan oleh si katak tadi.

"Aku beriman (percaya) dengan apa yang dikatakan oleh katak. Memang betul apa yang dikatakannya. Selamatkan aku...", jerit seekor ikan namun pengakuannya itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Dia kini telah ditangkap bersama ikan-ikan yang lain.

"Kalaulah aku ikuti nasihat si katak tadi...", kata seekor ikan sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.