27 Mac 2012
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah SAW ketika di Madinah juga mengadakan persefahaman dengan Yahudi untuk membuka ruang kepada mereka melihat adilnya Islam.
Menurutnya, terdapat kalangan Yahudi memeluk agama Islam, menjadi isteri dan sahabat kepada Baginda iaitu Abdullah Salam.
“Baginda bermuamalat dengan Yahudi termasuklah membenarkan orang Islam berniaga dengan Yahudi. Baginda juga menggadaikan baju rantainya kepada Yahudi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Antarabangsa Al- Madinah (Mediu), semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan urusan dengan Yahudi pada hari ini adalah haram, lebih-lebih lagi Zionis yang nyata menyokong pembunuhan umat Palestin dan memusuhi Islam.
“Tiada masalah kenyataan dikeluarkan Nasrudin. Kenyataannya kami sama, tetapi media tidak menyiarkannya dengan betul,” katanya.
Abdul Hadi menegaskan, Islam haram berhubungan dengan Zionis kerana mereka bermusuhan dengan Islam dan ada agenda tersendiri.
“Dengan bangsa Yahudi, kita berdakwah kepada mereka mengenai Islam dan mereka diutamakan kerana mereka golongan al Kitab.
“Ada Yahudi ortodoks dan mazhab Yahudi ortodoks yang anti Zionis iaitu anti penubuhan Israel di Britain dan Amerika,” katanya.
No comments:
Post a Comment